Sabtu, 7 Januari 2012

Khasiat Epal Hijau



Sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan. Mungik sukar dipercayai, namun itulah kenyataan kerana buah epal itu mengandungi bahan antioksidan yang sangat tinggi. Hasil kajian menunjukkan, epal bukan saja dianggap bahan anti-pengoksidaan, malah juga boleh mencegah penyakit barah. Malah, secara tindak langsung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang merbahaya.

Epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Seorang pakar dari Switzerland, Dr. Fred Zulli, berkata pengambilan sebiji epal atau jus epal setiap hari mampu melambatkan proses penuaan. Sel stem buah itu mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru.

Sel kulit manusia mempunyai jangka hayat terhad, ditambah pula pada usia yang semakin meningkat selain keadaan itu persekitaran yang tidak menentu memberi implikasi negatif kepada kulit. Secara tidak langsung keadaan itu menyumbangkan kepada kehilangan regangan kulit, menimbulkan kedutan dan sekaligus mempercepatkann proses penuaan.

Lebih menarik, buah epal sangat kaya dengan fitonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang panjang, malah ia ada sel tisu Malus PhytoCellTec Domestica pada sel stem pokoknya. Sel tisu berkenaan didapati boleh membantu melindungi induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu(UV).

Epal memiliki khasiat tersendiri yang juga bertindak mencantikkan kulit, sekali gus mengatasi penuaan. Ia juga mempunyai kandungan vitamin C yang berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Sel stem buah itu berkesan mengembalikan kerejaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premuim kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar luar kulit di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.



Hubungi Kak Ida: 019-7734277 untuk pertanyaan lanjut.

1 ulasan: